Pencarian Nama Perniagaan

Bagaimana untuk mula

Sebelum membuat carian dalam Pangkalan Data Nama Bisnes, anda boleh menjimat masa dengan memastikan nama bisnes anda adalah unik dan boleh dibezakan daripada entiti bisnes lain yang sudah sedia ada di dalam pangkalan data nama bisnes Malaysia. Kami menyarankan untuk menyimpan beberapa idea nama sekiranya mana-mana satu tidak tersedia, anda juga boleh memuat turun panduan entiti nama perniagaan Malaysia penuh di sini

Jana Idea Nama Bisnes


Membuat permohonan carian nama kepada pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia merupakan cara yang paling terbaik untuk memeriksa ketersediaan nama bisnes anda.

Biasanya permohonan carian nama akan mengambil masa 1-2 hari untuk diproses. Setelah mendapat kelulusan untuk ketersediaan dan penggunaan nama, anda mempunyai tempoh masa selama tiga (3) bulan untuk melengkapkan pendaftaran kepada SSM. Sekiranya anda tidak berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, nama bisnes anda yang telah diluluskan akan dibuka semula kepada orang awam untuk tempahan.

Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laman webssm.com.my

Telefon: 03-7721 4000

Fax: 03-7721 4001

Emel: [email protected]

Masa beroperasi: 8 AM – 5 PM, Isnin – Jumaat



Mendaftar bisnes/LAMAN WEB anda

Jangan membuat kesilapan iaitu anda lupa untuk memeriksa sama ada nama domain tersedia untuk bisnes anda. Apa yang anda ingin elakkan adalah mendaftarkan nama bisnes anda dan hanya selepas itu, anda mendapati bahawa pesaing anda telah ada pun laman web dengan nama bisnes anda! Gunakan pemeriksa domain kami di bawah untuk memeriksa secara terus ketersediaan domain anda.

Frequently Asked Questions (FAQ)

Anda boleh mendaftar bisnes anda dengan mengisi borang-borang yang diperlukan melalui portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (klik di sini)
Panduan rasmi SSM untuk permohonan nama baru boleh dicapai di sini.

Untuk mendaftar nama bisnes anda, terdapat beberapa prosedur yang mana anda perlu ikuti/patuhi:
A. ​Pemilik boleh mendaftarkan nama perniagaan seperti nama di dalam Kad Pengenalan (MYKAD/MYPR):
Lengkapkan Borang A Yuran pendaftaran adalah RM30.00 Kos maklumat perniagaan adalah RM10.00 Milikan tunggal sahaja B. Pemilik menggunakan nama tred sebagai nama perniagaan:
Pemilik perniagaan perlu menghantar permohonan nama perniagaan untuk kelulusan (Form PNA42) Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan (Form A) Kos pendaftaran perniagaan adalah RM60.00 Kos maklumat perniagaan adalah RM10.00 C. Dokumen yang perlu dilampirkan:
MYKAD/MYPR Surat kelulusan daripada Agensi (jika berkaitan). D. Pendaftaran perniagaan boleh dilakukan di mana-mana kaunter SSM berdekatan atau melalui dalam talian di ezbiz.ssm.com.my.​​

Sekiranya nama bisnes anda telah digunakan, anda boleh membuat rayuan secara bertulis kepada SSM untuk menjustifikasikan sebab-sebab untuk SSM meluluskan penggunaan nama tersebut. Walau bagaimanapun, keputusan muktamat terletak di tangan SSM.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: See cookie policy